EssaysForStudent.com - Free Essays, Term Papers & Book Notes
Search

Haji Hamim Bin Samuri

By:   •  Essay  •  1,525 Words  •  May 4, 2011  •  1,068 Views

Page 1 of 7

Haji Hamim Bin Samuri

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

menyatakan bagaimana dan bila kementerian boleh menyelesaikan masalah waktu bekerja bagi

kakitangan bomba kerana selama ini mereka bekerja melebihi 8 jam sehari.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato' Wira Chor Chee Heung]: Tuan

Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Ledang yang telah pun

mengemukakan soalan pada pagi ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, waktu bekerja melebihi lapan jam sehari yang

diamalkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada masa ini merupakan amalan

biasa bagi kebanyakan pasukan bomba di seluruh dunia. Ini sesuai dengan nature of work

dengan izin, pasukan ini yang mungkin berbeza dengan agensi-agensi yang lain. Daripada 253

buah balai bomba yang beroperasi di negara ini, terdapat 172 buah mengamalkan syif 12 jam

dan 81 buah lagi mengamalkan syif 24 jam. Penentuan jenis syif yang diamalkan berasaskan

risiko di sesuatu tempat dan kekerapan kecemasan yang dihadiri dalam setahun.

Balai yang kerap menerima panggilan kecemasan akan dinaiktarafkan daripada syif 24

jam kepada 12 jam. Tujuan dua kategori syif diwujudkan adalah untuk mengoptimumkan

penggunaan sumber manusia, di mana balai-balai bomba 12 jam memerlukan perjawatan 29

orang anggota manakala balai 24 jam memerlukan 20 orang anggota. Anggota bomba yang

bekerja syif dibayar bantuan insentif bomba pada kadar RM110 untuk syif 12 jam dan RM220

bagi syif 24 jam. Sekian, terima kasih.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun persoalan kerja syif 24 jam ataupun 12 jam ini adalah

satu nature of work di seluruh dunia, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan mereka standby itu mereka tetap

akan sentiasa berhadapan dengan risiko atau bahaya yang tinggi semasa mereka di dalam Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] Duduk

Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, soalan daripada Yang Berhormat Batu Gajah tujuan dia

kenapa Menteri tidak hadir – ini penting. Akan tetapi kebiasaannya, kita sampai soalan nombor

lapan sahaja. Itulah, Menteri kadang-kadang dia datang dan saya difahamkan dia di Dewan

Negara. Tidak apa. Kalaulah Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menyoal itu juga tidak ada, tidakkan

Menteri juga tidak boleh tidak ada? Untuk kali ini tidak apa. Jadi untuk pengetahuan MenteriMenteri yang lain, don't take it for granted. If you have the soalan, you must be here.

Soalan nombor 20 Yang Berhormat Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail, Machang juga

tidak ada.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Maaf Tuan Yang di-Pertua. Takkan Menteri tidak

ada, soalan pun boleh skip macam itu. Mungkin collective responsibility, Menteri yang lain –

dahulu precedent Menteri yang lain daripada kementerian boleh jawab.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan II [Dato' Razali bin Haji Ibrahim]: Tuan Yang diPertua...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Gajah jangan hendak bertengkar dengan

soal-soal yang remeh.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Maaf ya Tuan Yang di-Pertua, saya...

Tuan Yang di-Pertua: Jadi apa yang saya buat Yang Berhormat Batu Gajah? Kita

tunggu sehingga Menteri yang berkenaan untuk menjawab soalan Yang Berhormat Gelang Patah

datang?

Dato' Razali bin Haji Ibrahim:

Download as (for upgraded members)  txt (9.4 Kb)   pdf (123.6 Kb)   docx (12.4 Kb)  
Continue for 6 more pages »