EssaysForStudent.com - Free Essays, Term Papers & Book Notes
Search

Perancangan Sumber Manusia & Cadangan Penambahbaikan

By:   •  Thesis  •  2,749 Words  •  May 7, 2011  •  6,140 Views

Page 1 of 11

Perancangan Sumber Manusia & Cadangan Penambahbaikan

1.0 DEFINASI DAN PENDAHULUAN

Sumber manusia adalah bidang yang luas yang melibatkan individu pekerja di dalam organisasi. Perancangan Sumber Manusia merupakan proses mengkaji keperluan sumber manusia organisasi dan menentukan langkah- langkah untuk memenuhi kepaerluan itu. Ia juga suatu usaha untuk menjangkakan permintaan perniagaan dan persekitaran masa hadapan terhadap sesebuah organisasi dan menyediakan personel bertujuan memenuhi perniagaan dan permintaan tersebut. Menurut The Dictionary of Human Resources and Personnel Management, sumber manusia membawa maksud tenaga buruh yang dimiliki oleh organisasi dibahagikan kepada dua bidang khusus yang saling berkait rapat tetapi mempunyai peranan yang berbeza, iaitu pengurusan sumber manusia dan pembangunan sumbermanusia.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN SUMBER MANUSIA

Dalam era teknologi maklumat, negara memerlukan sumber tenaga kerja yang cukup bagi menggerakkan ekonomi. Kita dapat mengatakan bahawa sumber manusia di negara kita adalah mencukupi dan digunakan dengan produktif. Kadar pengangguran di Malaysia juga berada pada tahap yang rendah. Pelancaran projek-projek raksasa seperti MSC, Putrajaya, Cyberjaya, KLIA, Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Kembar Petronas menunjukkan sumber manusia adalah aset terpenting dalam menjayakan projek-projek ini. Dalam Sukan Komanwel 1998, kerajaan meminta belia-belia di Malaysia menjadi sukarelawan dalam menjayakan arena sukan yang bertaraf antarabangsa. Ini sekali lagi menunjukkan bahawa aspek sumber manusia tidak boleh dipandang rendah. Namun begitu, kita masih bergantung pada sumber tenaga manusia dari negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand dalam bidang-bidang seperti perladangan dan pembinaan. Bidang sumber manusia di Malaysia agak baru berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain yang sudah mula mementingkan sumber manusia sejak abad ke-18 dan istilahnya bertukar daripada pengurusan personel kepada pengurusan organisasi dan kini dipanggil sumber manusia. Secara amnya, pengurusan sumber manusia meliputi bantuan kepada para pekerja di dalam organisasi daripada segi gaji, ganjaran, per-hubungan dengan kesatuan pekerja dan penilaian prestasi. Pembangunan sumber manusia pula meliputi aspek-aspek latihan, pendidikan dan pembangunan diri pekerja. Ketiga-tiga komponen ini adalah aktiviti pembelajaran sistematik bagi pekerja me-ningkatkan kemahiran, pengetahuan dan sikap (KSA) dalam merealisasikan matlamat memajukan diri dan menghasilkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan. Kebanyakan pengurusan organisasi besar mula mengurus organisasi mereka dengan berpandukan idea knowledge management. Aktiviti-aktiviti pembelajaran sistematik yang dikemukakan dalam sumber manusia adalah merujuk pada pembelajaran dewasa dengan tujuan membawa perubahan pada pengetahuan, sikap, kemahiran dan tingkah laku. Dalam konteks Malaysia, matlamat negara pada masa depan iaitu mewujudkan k-ekonomi. Oleh itu, cara paling baik bagi me-wujudkan pekerja-pekerja berpengetahuan adalah melalui aktiviti-aktiviti latihan, pendidikan dan pembangunan yang merupakan proses pembelajaran dewasa. Contohnya German-Malaysian Institute (GMI) adalah projek gabungan kerajaan Malaysia dan Jerman dalam usaha menghasilkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan mereka bentuk program latihan bagi organisasi-organisasi yang memerlukan latihan teknikal. Selain daripada itu, individu-individu juga perlu berusaha mendapatkan kemahiran dan pengetahuan baru dalam menempuh alaf baru yang berasaskan teknologi digital melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran terancang. Definisi Sumber manusia adalah bidang yang luas yang melibatkan individu pekerja di dalam organisasi. Menurut The Dictionary of Human Resources and Personnel Management, sumber manusia membawa maksud tenaga buruh yang dimiliki oleh organisasi. Sumber manusia dibahagikan kepada dua bidang khusus yang saling berkait rapat tetapi mempunyai peranan yang berbeza, iaitu pengurusan sumber manusia dan pembangunan sumber manusia. Pengurusan sumber manusia Pengurusan sumber manusia adalah tanggungjawab dalam menggunakan secara produktif pekerja dan urusan membina pekerja di dalam organisasi. Menurut Gary Dessler di dalam bukunya Human Resources Management, pengurusan sumber manusia adalah polisi-polisi dan pendekatan yang perlu dilakukan oleh individu ke atas manusia ataupun aspek-aspek yang meliputi pengambilan dan pemilihan, latihan, memberi ganjaran dan penilaian prestasi. Pengurusan sumber manusia meliputi antaranya:

1. Reka bentuk organisasi ataupun tugas

2. Perancangan sumber manusia

3. Pemilihan kakitangan

4. Sistem maklumat sumber manusia

5.

Download as (for upgraded members)  txt (22.5 Kb)   pdf (259.3 Kb)   docx (18.7 Kb)  
Continue for 10 more pages »