Kajian Kes - Syarikat Berjaya Automotive Manufacturing Sdn Bhd
By: hurigami • Essay • 302 Words • May 3, 2011 • 1,115 Views
Kajian Kes - Syarikat Berjaya Automotive Manufacturing Sdn Bhd
KAJIAN KES : SYARIKAT BERJAYA AUTOMOTIVE MANUFACTURING SDN BHD.
Soalan:
1) Sebagai pengarah syarikat auto Berjaya Manufacturing Sdn Bhd, saluran perpindahan teknologi terancang yang akan saya cadangkan bagi menyelesaikan permasalahan ini ialah usahasama (Joint Venture).
2) Definisi usahasama
Usahasama merujuk kepada perjanjian perniagaan di mana setiap pihak bersepakat untuk mengembangkan sebuah badan baru dan aset baru dengan sumbangan ekuiti untuk masa yang terhad.
Sebab memilih usahasama
- Perniagaan dari pelbagai saiz boleh menggunakan usahasama untuk menguatkan hubungan jangka panjang serta untuk berkolaborasi dalam projek jangka pendek.
- Usahasama adalah cara terpantas dan paling efektif untuk meningkatkan jualan dan keuntungan jika dilakukan dengan cara yang betul.
- Contoh usahasama yang dilakukan ialah antara Perodua dengan Toyota/Daihatsu.
3) Kelebihan usahasama
- Menjimatkan wang dan mengurangkan risiko melalui modal serta berkongsi sumber kuasa. Pembahagian risiko dan kos dengan pasangan usahasama.
- Memberikan syarikat-syarikat kecil kesempatan untuk bekerja dengan syarikat yang lebih besar dalam mengembangkan, menghasilkan dan memasarkan produk baru.
- Memberikan syarikat dari semua saiz kesempatan untuk meningkatkan jualan dan mendapatkan akses kepada pasaran yang lebih luas.
- Meningkatkan kemampuan teknologi melalui pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang ditanggung oleh lebih daripada satu pihak.
- Mengakses maklumat dan sumber kuasa yang lebih besar, termasuk khusus, kakitangan, teknologi dan kewangan.
- Memberi peluang untuk memiliki rangkaian pengedaran dan