EssaysForStudent.com - Free Essays, Term Papers & Book Notes
Search

Solat Qasar Dan Jamak

By:   •  Essay  •  809 Words  •  March 27, 2014  •  1,192 Views

Page 1 of 4

Solat Qasar Dan Jamak

Posted in Melayu | 1 Comment »

Panduan Solat Qasar Dan Jama

August 31st, 2007

Penerangan solat qasar dan jama' adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya' kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak bolehdiqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa' ayat 101 yang bermaksud;

"Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…"

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya'la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, "Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?" Lalu beliau menjawab, "Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya"

(Riwayat al-Nasa'i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara'.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.

iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).

v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

???? ??? ????? ?????? ???? ??? ?????

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama' terbahagi kepada :

i. Jama' Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya' dalam waktu Maghrib.

ii.Jama' Ta'khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya' dalam waktu Isya'.

2.2 Syarat Solat Jama'

2.2.1.Solat Jama' Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

ii.Hendaklah niat Jama' Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama'kan itu.

iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya').

2.2.2. Solat Jama' Ta'khir

i.Hendaklah berniat jama' dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama' Taqdim

i.Jama' Taqdim Empat Rakaat

???? ??? ????? ???? ????? ?????? ???? ????? ???? ??? ?????

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama' Taqdim Beserta Qasar

???? ??? ????? ?????? ???? ?????? ???? ????? ???? ??? ?????

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Download as (for upgraded members)  txt (6.2 Kb)   pdf (106.6 Kb)   docx (12.9 Kb)  
Continue for 3 more pages »